CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 04, 2006

Kakak......

Sebenarnya, gelaran 'kakak'tu dari kecik lagi telah saya sandang. Rasanya bleh masuk Malaysia Book of Record nih...hehehehe...... Disebabkan saya kakak sulung,so kenalah jadi kakak dari kecik lagi. Setiap orang ada pandangan sendiri terhadap adik-beradik yang paling sulung nih. Adik-beradik yang bukan anak sulung,mesti ada rasa teringin nak jadi anak sulung. Bila jadi anak sulung, boleh arah adik-adik buat tu, buat nih......,dpt bahagian yang kedua terbanyak selepas adik-beradik lelaki dalam pembahagian harta pusaka, dan macam-macam lagilah. Tapi,yang memang dilahirkan sebagai anak sulung akan merasa betapa seksanya jadi anak sulung. Semua kerja mesti tergalas atas bahu anak sulung. Selalu kene marah tak tentu pasal oleh mak atau ayah. Kadang-kadang si achik dengan angah yang bergaduh, bila salah seorang tu menangis, along jugak yang kena marah dengan mak, bukannya orang yang terlibat dalam pergaduhan tu yang kena marah.....
Tapi takper. Setiap kejadian ada hikmahnya. Allah tidah menciptakan sesuatu jika tidak memberikan kebaikan.
Tapi best gak jadi anak sulung. Bila masuk tahun baru, waktu nak masuk sekolah mesti dapat beli buku baru. Tapi kalo adik-adik tu mesti dapat buku teks kak long...hehehe.....

0 comments: