CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 27, 2006

Raya Eidul Fitri,Eid Mubarak

Cuti raya thn ni boring sket sbb cuaca kat kg tak bape baik.......
Hujan memanjang, nak main mercun and bunga api pon tak bleh.....
Sepatutnya malam raya pertama tu, wat pesta bunga api dan mercun.....
last-last jadi pesta menderma darah secara berjemaah secara tidak sukarela a.k.a sukapaksa......Kenapa????
Disebabkan malam raya pertama tu hujan lebat, nyamuk-nyamuk pon tumpang berteduh dlm rumah, apalagi.....mlm tu sume tido berguling-guling.........tak lena langsung...
Bile bgn pg esknya......adala mata jd sepet, jari bengkak, pipi tembam, bibir dah jd cam bibir Angelina Jolie......

Wednesday, October 04, 2006

Kakak......

Sebenarnya, gelaran 'kakak'tu dari kecik lagi telah saya sandang. Rasanya bleh masuk Malaysia Book of Record nih...hehehehe...... Disebabkan saya kakak sulung,so kenalah jadi kakak dari kecik lagi. Setiap orang ada pandangan sendiri terhadap adik-beradik yang paling sulung nih. Adik-beradik yang bukan anak sulung,mesti ada rasa teringin nak jadi anak sulung. Bila jadi anak sulung, boleh arah adik-adik buat tu, buat nih......,dpt bahagian yang kedua terbanyak selepas adik-beradik lelaki dalam pembahagian harta pusaka, dan macam-macam lagilah. Tapi,yang memang dilahirkan sebagai anak sulung akan merasa betapa seksanya jadi anak sulung. Semua kerja mesti tergalas atas bahu anak sulung. Selalu kene marah tak tentu pasal oleh mak atau ayah. Kadang-kadang si achik dengan angah yang bergaduh, bila salah seorang tu menangis, along jugak yang kena marah dengan mak, bukannya orang yang terlibat dalam pergaduhan tu yang kena marah.....
Tapi takper. Setiap kejadian ada hikmahnya. Allah tidah menciptakan sesuatu jika tidak memberikan kebaikan.
Tapi best gak jadi anak sulung. Bila masuk tahun baru, waktu nak masuk sekolah mesti dapat beli buku baru. Tapi kalo adik-adik tu mesti dapat buku teks kak long...hehehe.....

Monday, October 02, 2006

PMR 2006

Wah...akhirnya sampai masa budak Form 3 menjalani peperiksaan PMR. Cammanalah rasanya kan?? Tapi,ikutkan pengalaman, memang menakutkan sampai 1st day tu sakit-sakit perut. Cuak. Rasa nak demam pon ada. Tahun ni,waktu Form 3 PMR saya cuti.....Tapi takleh dipanggil cuti pon sebab ada study group and kena wat kuih raya. Lagi satu, homework bertimbun-timbun sampai membentuk manjadi sebuah gunung. Rasanya lgi tinggi dari gunung Everest. Banyak giler. Ada 1 hari jer gi outing dengan kawan. Yang lain, memang tak free. Tapi, takperla an. Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. Prepare awal-awal sebelum pecah kepala nak pulun sumer bab Form 4 dan Form 5 tahun depan. Lepas SPM nanti barulah enjoy. Yeahh!!!

Sunday, August 27, 2006

Cuti Dah Habissss!!!!!!!

ESok dah start sekolah. Dah takleh nak relax dah. Mlm nih nak kena siapkan homewaork yg tak disiaokan lagi. Biasalah...buat last2 minit.Mlm ni mesti tak cukup tido. Petang tadi pukul 5 baru sampai KL. Hari jumaat lepas,satu family gi Kelantan hantar adik ke asrama. Penat gak walau pon dok tido dlm keta berjam2. Mana taknya,asyik dok jer,tak gerak2. Pastu tido plak,tido duduk,mana tak terkehel leher sbb tido tak betul. Sampai2 jer kat K'tan kitorg terus gi Pesta Buku dan Multimedia K'tan anjuran IKIM dan kerajaan K'tan kot.Lps dah hantar adik, saya dan family gi Terengganu plak, sbb ayah nak balik KL ikut T'ganu. Sampai T'ganu.kitorg tido di Batu Burok Beach Resort sbb resort2 yg ain dah penuh. Kat Pantai Batu Burok tu, ada fair mlm kitorg sampai tu. Mini funfair. Tp,saya tak main,sb terlalu penat,dan mata pon separuh jer terbuka. Adalah jualan sket. Lps balik resort jer terus padam.

Tuesday, August 15, 2006

PC Fair (II) 2006

12 Ogos 2006,Saya telah pergi ke KL Convention Centre. Ada PC Fair. Dah lama dah simpan duit sebab nak gi itu. First Fair awal tahun ni, tak dapat nak gi sebab ada hal. So, qada'kanlah sabtu lepas. Ramai giler. Bukan takat Convention Centre tu yang penuh, KLCC@ISETAN pon penuh. Yelah,ada mega sale kan sekarang. Tapi,saya tak gi pon mega sale tu sebab kaki dah lembik jalan 5 jam kat dalam PC Fair tu. Best sesangat. Tapi, banyak window shopping dari shopping. Duit tak cukup. Lagipon, kalo beli benda besar2, jenuh nak carry masuk LRT.Sesak sesangat. Walupn saya datang sebelum dia bukak,orang still ramai. Memang dalam tu kena slimkan badanlah.Kalo tak memang susah nak lalu.Oklah,sampai sini jer.

Wednesday, August 02, 2006

BUDAK BARU

Hehehe....Ni first time post blog. Selama ni buat jer blog tapi taktau nak buat apa dengan blog tu. Register jer tau. Sekarang ni dah oklah sikit. Yelah baru belajar kan. Kalau dah lama belajar, takdelah macam ni, tercengang-cengang,tak tau nak buat apa.